Rezeki

on Saturday, 13 July 2013
Rezeki. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan. Aku dapat kerja baru Rabu lepas iaitu bermulanya Ramadhan. Walaupun gaji tidak seberapa, tapi alhamdulillah. Aku bersyukur Allah sudi memberikan rezeki kepada hambaNya yang hina dan dina ini. Jika aku tolak, bermakna aku tolak rezeki yang Allah beri pada ku. Maka aku terima apa saja rezekiMu, Ya Allah. Demi membina sebuah keluarga bahagia dan ketidaksampaian hati dan tidak sanggup melihat suami bersusah payah menanggung makan pakai ku selama ini.

Syukur alhamdulillah keesokkan harinya puasa hari kedua pula aku dapat phone call dari JAWI ingin memberi sumbangan kepada saudara baru seperti aku di bulan Ramadhan ini. Ya Allah..harus bagaimana lagi aku ingin mengucapkan rasa kesyukuran di atas nikmat dan pemberianMu ini? Sedangkan aku masih lagi lalai dan alpa sehingga lupa kepadaMu?

Puasa ketiga pula aku dapat 2 sales. Gigih menelefon customer dari pagi hingga ke petang. Bermacam dugaan aku lalui. Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah......terima kasih Ya Allah...