Rindu

on Friday, 6 September 2013
Rindu saat-saat berjimba ria watching movies, lepak-lepak till late night, jalan-jalan cuci mata and so on. Ya Allah, rindu sesangat.

Namun keadaan membataskan segalanya. Makanya aku akur dan redha dengan keadaan yang memaksa aku menahan rasa kerinduan itu. 


Lagi sebak dan meluapnya perasaan bila buka facebook, instagram dan segala macam social media yang mana rakan-rakan saban hari memuat turun gambar lepak-lepak, berjalan-jalan di shopping mall cuci mata telinga dan memuat naik video percutian masing-masing tak kira dalam dan luar negara. Aku hanya mampu menatap dengan perasaan cemburu yang membara. Argghhh!! 

Cemburu. Sedih. Hanya mampu diam dan berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.. :( 




Rezeki

on Saturday, 13 July 2013
Rezeki. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan. Aku dapat kerja baru Rabu lepas iaitu bermulanya Ramadhan. Walaupun gaji tidak seberapa, tapi alhamdulillah. Aku bersyukur Allah sudi memberikan rezeki kepada hambaNya yang hina dan dina ini. Jika aku tolak, bermakna aku tolak rezeki yang Allah beri pada ku. Maka aku terima apa saja rezekiMu, Ya Allah. Demi membina sebuah keluarga bahagia dan ketidaksampaian hati dan tidak sanggup melihat suami bersusah payah menanggung makan pakai ku selama ini.

Syukur alhamdulillah keesokkan harinya puasa hari kedua pula aku dapat phone call dari JAWI ingin memberi sumbangan kepada saudara baru seperti aku di bulan Ramadhan ini. Ya Allah..harus bagaimana lagi aku ingin mengucapkan rasa kesyukuran di atas nikmat dan pemberianMu ini? Sedangkan aku masih lagi lalai dan alpa sehingga lupa kepadaMu?

Puasa ketiga pula aku dapat 2 sales. Gigih menelefon customer dari pagi hingga ke petang. Bermacam dugaan aku lalui. Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah......terima kasih Ya Allah...






Berbicara Sendiri

on Monday, 3 June 2013
Hmmm ... kali ini aku mengeluh lagi. Hanya Allah yang tahu apa yang telah aku lalui dan yang sedang aku lalui.

Mahu saja rasanya aku terjun terus ke kolam dari tingkat 13. Mungkin akan dinobat superwoman dan masuk newspaper esok harinya, barangkali?

Kepala serabut. Hati resah gelisah sedih tah bermacam-macam perasaan datang menerpa saat ini. Rindu kota Ho Chi Minh. Rindu laut, rindu pantai...nampaknya aku perlu mengasingkan diri dari dunia buat sementara. Pergi ke mana saja aku suka. Asalkan aku tenang disana. Tapi bila diri dah ada komitmen, ada suami. Payah yang amat. Kalau dulu ke mana saja aku boleh melangkah jauh tak perlu minta izin sesiapa. Kali ini, lain....aku kena minta izin. Maka aku redha dan pasrah. Duduk menghadap netbook, buka website blogger terus mencoret apa yang terlintas di fikiran.


Tiba-tiba aku teringat satu blog nama Nurmawaddah. Aku rindu coretan beliau yang sangat dalam perasaannya. Tapi tak jumpa. Hurrmm...

Tapi, tak mengapa. InsyaAllah nanti pasti akan aku jumpa.

Mahu rehatkan minda sebentar. Tidur bagus juga.

Ada masa nanti aku sambung lagi coretan ini