Berbicara Sendiri

on Monday, 3 June 2013
Hmmm ... kali ini aku mengeluh lagi. Hanya Allah yang tahu apa yang telah aku lalui dan yang sedang aku lalui.

Mahu saja rasanya aku terjun terus ke kolam dari tingkat 13. Mungkin akan dinobat superwoman dan masuk newspaper esok harinya, barangkali?

Kepala serabut. Hati resah gelisah sedih tah bermacam-macam perasaan datang menerpa saat ini. Rindu kota Ho Chi Minh. Rindu laut, rindu pantai...nampaknya aku perlu mengasingkan diri dari dunia buat sementara. Pergi ke mana saja aku suka. Asalkan aku tenang disana. Tapi bila diri dah ada komitmen, ada suami. Payah yang amat. Kalau dulu ke mana saja aku boleh melangkah jauh tak perlu minta izin sesiapa. Kali ini, lain....aku kena minta izin. Maka aku redha dan pasrah. Duduk menghadap netbook, buka website blogger terus mencoret apa yang terlintas di fikiran.


Tiba-tiba aku teringat satu blog nama Nurmawaddah. Aku rindu coretan beliau yang sangat dalam perasaannya. Tapi tak jumpa. Hurrmm...

Tapi, tak mengapa. InsyaAllah nanti pasti akan aku jumpa.

Mahu rehatkan minda sebentar. Tidur bagus juga.

Ada masa nanti aku sambung lagi coretan ini 

0 comments:

Post a Comment